Ok pictures time! Pertama nya aku nak perkenalkan geng tak-minum or non-drinking club. Kami reka ja nama tu haha. Yuan dari China & Sajida dari Bahrain. You see, kalau hang dok kat tempat yang susah nak cari Muslim, at least cari orang yang tak minum. So that schedule hang akan sama dengan dia. Well thank God aku dah jumpa sorang Muslim. Dia baru sampai semalam. So taraaa...
So pada dasarnya, (basically), kami tiga pi durham city lagi hari ni. And kami lepak kat satu cafe ni utk akses internet. Untuk laptop, kami kena connect dengan internet kat luaq college dulu baru boleh connect ngan internet college. So begitulah ceritanya. Yuan & sajida pon ada benda nak kena settle secepat mungkin guna internet. Btw, ayah sajida mai uk teman dia. Takut dia xdak kawan ka apa.
Ok lepas tu kami jalan2 lagi city tu dan ni antara gambaq2 lain yang aku amik. Haha gambaq first kat bawah ni. Aku ngan yuan baru beli product bodyshop semalam. They worked really well and we love them. Kat malaysia harga produk bodyshop agak mahal personally utk students. Tapi kalau nak try, it would be worth it. Hang cakap ja apa masalah badan or muka hang kat penjual tu and depa akan recommend apa yang hang patot pakai. Aku cakap la kat Yuan kita patot jadi promoter bodyshop. Dia ingat aku main2 sekali aku paksa dia amik gambaq dengan aku kat tengah2 jalan depan store bodyshop tu. Hahahahaha..
And tengah2 jalan kt area uni, kami jumpak seniors yang amat lah friendly. Depa buat lawak yang aku paham and depa paham lawak aku. Kami gelak macam orang gila ja kat tengah2 jalan. Entah papa. Haha.
Nampak kan yang paling tinggi tu. Nama dia William. Dia kata dia prince kat situ. Haha whatever. And paling tak boleh blah. Serious takleh terima akal, dua orang laki tu muda dari aku. Muda setahun!!! Depa tengok aku pelik aku pon tengok depa pelik. Oh god. Boleh tengok betapa bezanya aku ngan depa. Kita panggil ni jambatan. Kat malaysia mungkin boleh jadi monumen menara berkembar petronas. Kah kah.
Ok done with that. Haha. Balik college untuk dinner. Aku tak tunjuk lagi kan dining hall college aku? Haha ni dia. Dengan extra mamat2 hensem kat sebelah aku. Yang betoi2 belakang aku tu nama dia Tom, amik history. Sekali lagi, muda setahun. Haih. Yang depan dia tu aku xdapat tangkap nama apa sebab dia cakap laju sangat. Hehe. Dia sebaya ngan aku. Depa semua tu orang england btw. Kat sini memang mostly orang england.
Pasal makanan, untuk sementara waktu aku jadi vegetarian. Just habaq and depa bagi aku vege food. Isnin ni baru aku boleh request untuk specifically halal food dari pihak canteen. So yeah. Sorry cakap banyak sebab aku sangat happy! Haha. Till the next post then insyaAllah.









uuu lappy baru merah kaa? :3
ReplyDeleteAah. Haha. Asus warna merah.
DeleteNak yang pakai baju hitam tu. Kekekekke
ReplyDelete