Sunday, 1 November 2015

Waktu solat di Durham

Assalamualaikum semua.
Sori lambat. Sibuk ngan benda akademik. Huhu.

So yeah. Kalau sapa yang still tak tau, jam kat sini genjak sejam. Jadi lambat sejam. Sebab dah masuk musim sejuk. Jadi beza malaysia ngan uk dah jadi 8 jam. Hehe. 

Waktu solat jadi awai. Subuh macam biasa la 5.30 pagi. Zuhur kui 12.00, Asar kui 2.00, Maghrib kui 4.30, Isya' kui 6. Ni untuk masa sekarang la. Lepas ni memang makin awai. Kui 4 petang tu kira gelap dah la. Kena pulak aku ada kelas full dari pagi smpai kui 6 petang hari selasa ngan jumaat. 

Mcm solat zuhur, aku balik kolej untuk lunch break then sempat la solat kt kolej. Tapi solat asar memang tak sempat nak balik kolej. Tapi naseb baik aku ada break sat antara lectures. Last2 aku pi tanya receptionist bangunan tu, ada dak space or bilik yg aku bleh solat? Dia dok pikiaq tang mana. Pastu dia bagi aku masuk bilik stor kat reception tu. Bilik tu kecik ja la. Tempat receptionist tu letak barang2 dia tapi ada la ruang utk aku solat. Dia dok tanya aku, do you mind? Mind apa nya. Dah cukup bersyukur ada ruang tertutup mcm tu. Lepas aku dah solat pon, dia dok mintak maaf sebab bilik tu ja dia mampu bagi kat aku. Aku tak tau nak kata apa. Cakap thank you ja mampu. And sejak tu aku memang tumpang solat kat bilik tu la. 

Ok. Next thing is benda yang sebenaqnya jadi since aku mai sini lagi tapi tak dak kesempatan lagi nak cerita. Soalan2 yang orang akan tanya hang pasai islam. Sebab aku pakai tudung so obviously orang tau aku muslim. And bila hang duduk kt tempat yang minoriti muslim, hang akan selalu dapat soalan2 berkaitan agama hang. Bukan depa nak berdebat ka apa, depa cuma curious and nak tau. Antara soalan yang aku selalu dapat, kenapa pakai skaf rambut? Memang pakai 24/7 ka? Kenapa tak minum alkohol? Kenapa tak sokong LGBT?

Alhamdulillah. Allah bantu aku bagi jawapan yang munasabahsarawak kat depa. Hang takleh senang2 jawab, ooo sebab Tuhan suruh. Depa takkan kata apa tapi boleh pikiaq la depa boleh digest ka dak jawapan tu. Antara benda yang aku jawab, aku pakai tudung tutup aurat untuk lindung diri. Tuhan sayang kaum hawa sebab tu Dia suruh cover.  Begitulah. Dan depa agak suka dengan jawapan aku. Depa macam, ya betoi, sebab kdang2 perempuan yg macam mintak utk laki buat benda tak elok dengan cara depa pakai. Depa siap cakap untung la aku pakai tudung, takyah nak urus rambut tiap2 hari, leher pon cover tak sejuk. And aku pernah jumpa sorang laki ni. Dia tak minum tapi kawan2 dia semua minum. Dia cakap, untung la jadi hang, hang boleh cakap hang tak minum sebab batas agama. Tapi aku? Nak cakap apa? 

Begitulah kisah nya.......
InsyaAllah. Aku rasa orang lain mungkin boleh jawab lagi baik dari aku. Tapi apa2 pon, depa tak skeptikal kat agama lain. 

Tu ja kot. Moga kita sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Nya. Ameen. 

Monday, 19 October 2015

Official first week

Hallu! Maka dengan ini berlalu lah sudah minggu pertama kuliah aku. Well so far boleh la. Kalau pensyarah tu cakap sebijik sebijik aku boleh tangkap la. Tapi mau cakap macam motorbot, fuh... Dengan accent nya. Kanggak bisa dong. Aku baca apa yang ada dalam slide ja. Haha. Amik masa nak adapt dengan accent ni. Macam mana kita tengok cerita harry potter kena ada subtitle, macam tu la. Nak mintak buh subtitle macam pelik pulak kan. Hmmm..
Paling paling best bila pensyarah tu international. Pensyarah genetic aku orang india, laki. Dia cakap takdak la pelat india pon. Cakap macam kita la. Pelat asia. Aku faham setiap butir dia cakap. Kena pulak aku memang suka genetics. Heeee. 

Praktikal... Haih. Nak teriak ja rasa hari tu. Kami kena buat dua praktikal. Yg satu tu aku paham la nak kena buat apa. Pasai buffer bagai tu. Sebab dah belajaq kan. Yang lagi satu tu. Seryes weh. Tak muhung. Nak teriak. Aku tak paham pebenda nak buat, apa objektif benda ni. Punya lama aku dok mengadap kertas tu nak bagi faham. Orang lain mula dah. Lagi la serabut. Pastu Prof Gatehouse mai kat aku. Ingat kan Head of School aku? 
Beliau tnya, "Is everything ok?" 
Aku jawab, "Not really. I never heard of this thing before."
Rasa2 dia jawab apa? Haha. 
"Oh well, that's why we are here, to teach you." *senyum*
Seryes terharu. Rasa nak mengalir aiyaq mata. Pastu dia pon terang personally kat aku konsep benda tu. And pasai pa kita buat eksperimen ni semua. Alhamdulillah lepas tu aku faham and boleh start buat.  

Ok. Masuk topik lain. Hari sabtu aku ngan kawan2 college aku pi newcastle. Camara, Olivia, Angel, Melody, Alisa & Christine. Shopping. Besa la first time lalui winter. Depa excited nak bawak aku beli outfit winter pertama aku. Hahaha. Sebenaqnya newcastle tu, kami pi Primark ja. 4 tingkat cek oi. 3 jam dok dalam tu. Kami pi naik bas. Sejam jugak la.












Lepas dah shopping, kami pakat teringin nak makan makanan asia. Pastu pi la kedai jepun. Kedai melayu pon ada. Nama 'Cili Padi'. Haha tapi kami dah teringin makan sushi la apa. Adoi. Muka masing2 takleh blah dapat makan makanan lain selain kentang kat dewan makan college. 









Balik tu kami serik dah tak naik bas sebab lama sangat. Oleh itu kami naik keretapi. 




Ahad malam pulak aku ada malaysian society punya welcoming party. Ini lah masanya kita pakai baju kurung! Bila lagi kan? Haha.. Pastu dua org kawan aku ni, even though depa bukan org malaysia, tapi depa join society ni sbb nak makan. Hahahaha. Bagus betol.






Oh btw yang bawah ni, laki cina pakai baju melayu purple tu presiden kami. Dok bancuh aiyaq bandung. Haha. Kami dapat makan nasi lemak ayam. Ya Allah nikmat nya boleh makan pedas. Lama dah kot tak makan pedas. Haha.








Depa dua ni suka gila kek batik. First time rasa, terus terbeliak mata. Hahaha. Pastu  dok tak berenti makan. Comel gila. Penat aku dok terang nasi lemak apa, kek batik apa... 


KAMI ANAK MALAYSIA.

Monday, 12 October 2015

Freshers' Week Part 2

Hai semua. Maaf lambat. Aku ada masalah peribadi yang bertubi tubi. I was not in a good condition to write anything. 
Sebelum tu, aku nak cakap something. Memang takleh nak nafi yang ramai yang macam jeles sedih tengok segala post aku. Untung nya suha boleh fly. Bestnya jadi dia. 

Maaf. Tapi realiti nya tak seuntung yang kalian sangka. Banyak benda yang mungkin kalian tak lalui tapi aku terpaksa harungi. Sebelum dan selepas fly. Memang benda yang aku share semua best2. Gambar muka sengih semua. Sebab aku tak suka cerita segala masalah kat orang. Aku rasa hampa pon sama kan? Well everyone got their own problems arent we? Aku manusia gak. Bukan sesumpah yang senang2 nak adapt dengan surrounding. Segala mat salleh yang amik gambaq ngan aku tu, ingat aku baik sangat ka dengan depa? Hahaha plez la. Propaganda ja semua tu. Aku makan sorang jalan sorang belajaq sorang cakap pon sorang. Takyah nak untung sangat la. Punya payah aku nak buat kawan kat sini. Lagi payah bila aku tak join segala bagai event depa buat. Yang aku share ngan mpa ni ada la 1/10 ja benda yang aku betoi2 join. Yang aku rasa patot aku join. Kalau dak, memang hidup sorang la kat sini. Depa ada geng siap. Aku? Hmmm... And you do know how hard it is to merge into a group of people. 

Ok ok. Lupakan! Kita bukak buku baru insyaAllah. Kat mana berenti hari tu? Matriculation ceremony kan? Ok malam tu pulak kami ada formal dinner dengan mentor kami. Aku rasa aku pernah sebut kan pasai mentor ni? Haha ni la dia. Yang wanita berbaju turqoise tu.


Takdak apa sangat. Makan2 camtu ja.
Ok next. Petang esok tu kami ada dodgeball antara corridor. 6 org ja main so aku x join la. Bagi dak2 laki yang sado sekalian tu yang main. Haha. Tapi kalah. Takpa. It was good game though.






Esok pagi pulak, yakni pagi jumaat, aku ada praktikal. Macam intro la. Belajaq nak guna microscope micropipette bagai. Sampai la tengah hari. Then petang tu aku ada intro lectures. Head of school aku yang bagi. Prof gatehouse. Beliau ni kalau cakap, aku boleh ralit sampai tak sedaq dah sejam dia cakap. Sangat2 lah berinspirasi. Salah satu benda yang dia cakap dan aku sangat2 lah kagum...
"Knowledge must be assimilated and understood, not merely remembered. The thought of 'The more things you spout out accurately in exam, the higher the mark' is alien."

Another tips yang dia bagi waktu dengaq lectures. Tajuk dia, Dealing with 'Death By Powerpoint'. Haha.
1) Look & listen. Dont copy the text.
2) Go through presentation. Work out what you do and dont understand. Make notes. Dont copy!
3) Consult textbooks or other sources to gain full grasp of topic.
4) Practice.

Ok done. Petang sabtu pulak kami ada sukaneka. Sekali lagi lawan antara korridor. So kami join game tarik tali. Ya Allah. Menang nombor satu! Seryes tak caya. Haha. Kami lawan 4 kali. Empat2 kali menang sampai final. 




Ok. Malam tu pulak kami ada event macam cerita Mohabbatein yang baling2 serbuk merah tu. Tapi kami punya serbuk warna warni. 





Gambaq last kat atas ni. Nampak dak laki yg besaq sikit yg tunjuk tangan dia kat kamera tu. Ni la presiden kolej kami. Haha comel. 

Pagi ahad pulak ada macam fair yang promote societies kat kolej. Kebanyakan nya sports la. Aku tak join apa pon. Tengok ja. Pastu ada cotton candy free. Lama kot tak makan gula2 kapas ni. 

 


Ok. Tu ja kot. Sebab lepas ni aku dah start kelas bagai. Maybe aku update hujung minggu ja kot. InsyaAllah.

Sebarang pertanyaan boleh hantar ke email aku, sue_2595@yahoo.com