Wednesday, 7 October 2015

Freshers' Week Part 1

Hehe hai. Alang2 ada masa terluang sikit, aku nak share la sepanjang 4 hari orintasi kat sini. So pagi isnin aku keluaq teman yuan pi beli formal dress utk matriculation ceremony rabu ni. Tengah hari tu kami dua2 ada talk kt department masing2. Memang tak sempat la nak kejaq lunch kt kolej. Oleh itu kami dua decide utk makan luaq. To be safe, aku ajak dia makan fish & chip. Memang restoran tu juai fish & chip ja. Haha. InsyaAllah halal masuk perut. Ya Allah. Sedap gila ikan dia. Fresh. Tak hanyir sikit pon. Aku tak cicah apa2 pon. Sedap dimakan begitu sahaja. Hahaha. Pastu kita bleh pilih nak side dish apa. Aku amik fries, yuan amik salad. Dalam salad dia ada strawberry. Strawberry tuuuuuu...... PALING SEDAP DALAM DUNIA. Terbukak luas mata aku bila makan. Even kat cameron hang takkan dapat strawberry rasa macam tu. Dia memang rasa strawberry!!! Hahahahahahahaha.... 




Then aku pi department aku. Ya. Panjat bukit yg cerun tu. Nama department aku, School of Biological & Biomedical Sciences. Dalam tu ada 3 courses. Biosciences, Biological & Biomedical. Jangan tanya aku apa beza. Seryes aku tak tau. Tapi first year, kami tiga courses belajaq benda yang sama. Second year baru lain. Sebab lagi banyak pilihan module. Head of school aku, Prof Gatehouse, memang baik sungguh. Dia sangat humble. And joyful. Aku suka. Haha. Then lepas dengaq talk, kami pi amik calculator, lab coat & text book utk taon ni. Ada dua sebenaqnya text books tapi sorang dapat salah satu ja. Lecturer sarankan kongsi2. Tebai nalaaa. 


Ok malam tu pulak. Ada macam satu party ni. Bertemakan 60-an. Takdak apa sangat pon. Aku pi setengah jam ja pastu lari balik bilik. Hahahaha. Mengantuk. Anyway, nak perkenalkan sikit antara corridor mate aku. 

Ni yang paling rapat ngan aku, Camara, budak London. Bilik dia betoi2 depan aku. Aku skang ni lepak ngan dia. Sebab freshers' week ni hang kena melekat ngan corridor mates. Aku, Yuan & Sajida jangan kata satu corridor, block pon lain2. So kami terpisah sebentar. Camara ni baik. Seryes. Dia satu2 nya budak uk yang aku betoi2 paham dia cakap apa dan dia pon paham apa yang aku cuba cakap. Besa la. Cek tak reti cakap omputih sangat. Hehe.


Yang bawah ni. Hahahahahaha. Laki yang aku rasa paling comel. Dia ada satu tabiat pelik. Dia tak minum minuman lain selain susu. Adoi. Hahaha. Kami pernah main satu game ni. Kalau kalah kena minum. Tapi most of us minum aiyaq masak or coke ja. Haha dia ni plak sorang2 minum susu. Peti ais kat corridor kami penuh dengan susu dia ja. 


Oh yang belakang muka creepy tu geng dia. Budak koridor aku gak. Depa ni baik ja. Haha. Pernah sekali ni kami main game 'Never have i ever'. Baru la aku tau. Surprisingly dalam 16 orang tu termasuk aku, about 4 orang ja yang betoi2 'minum'. Yang lain tu either tak pernah or tak suka. Well ada sebab la pasai pa depa masuk durham. Dak2 baik rupanya. Haha. Ni gambaq semua org dalam corridor aku sebelum kami gerak pi college main building. Ada yg dok siap lagi so mebi tak cukup sngat. Haha sori.


Ni plak gambaq di tempat kejadian. Party tu kat dining hall yang amatlah besaq. So tak langgaq org sangat pon. Banyak gila ruang. Aku pon dok tepi2 ja. Tak pi tengah.




Aku tak ingat aku buat apa hari selasa. Hahaha. Takdak gambaq pulak dalam galerry. Tak penting kot. Ok skip. So yeah. Tiba lah post yang paling dinanti nantikan oleh semua orang. HOGWARTS! Hahaha. Ok la. Ceritanya. Kami ada matriculation ceremony sebagai tanda kami officially student Durham University. Ceremony ni buat kat Cathedral. Ni historical building untuk Christian. Yes it is a church. An old one. Majlis kami tadi betoi2 bukan majlis keagamaan. Dia macam perhimpunan formal la. Ada ucapan dean, then wakil pelajar dari setiap kolej sign apa benda ntah indicate yang kami ni students durham la. Well. Satu lagi pengalaman baru. Pertama kali masuk church. 











Btw bangunan 'Hogwarts' ni hak milik uni aku. Bangga nak habaq. LOL. Kami yang ada campus card ni dapat free kalau nak masuk. Kalau pelawat kena bayaq sikit la. Hogwarts kot. Haha. Aku tak sempat lagi nak explore bangunan ni. Nanti insyaAllah aku explore lagi. And banyak lagi tempat2 shooting harry potter aku tunjuk. And nanti kalau ada yg memang tak tahan sangat tengok, nak mai sini tengok sendiri, aku boleh bawakkan. Hehe. Btw, aku tadi even jumpa sorang Draco. Tak tau la Malfoy ka Lucius. Tak tanya plak. Haha.


Oh yeah! Adoi. Kan first time aku masuk church. Aku pi letak kaki kat atas satu tempat ni. Depa selalu melutut atas tu waktu berdoa. Terok betoi aku. Dush dush. Ni antara benda common dalam church.






Ok. Panjang sangat dah rasanya post ni. Sorry! Haha. To be continued in part 2. Sebab freshers week tak habis lagi. Hehe. InsyaAllah. See you.

Pesanan penaja : Solat & Al-quran jangan ditinggalkan. ^~^


No comments:

Post a Comment