Sunday, 1 November 2015

Waktu solat di Durham

Assalamualaikum semua.
Sori lambat. Sibuk ngan benda akademik. Huhu.

So yeah. Kalau sapa yang still tak tau, jam kat sini genjak sejam. Jadi lambat sejam. Sebab dah masuk musim sejuk. Jadi beza malaysia ngan uk dah jadi 8 jam. Hehe. 

Waktu solat jadi awai. Subuh macam biasa la 5.30 pagi. Zuhur kui 12.00, Asar kui 2.00, Maghrib kui 4.30, Isya' kui 6. Ni untuk masa sekarang la. Lepas ni memang makin awai. Kui 4 petang tu kira gelap dah la. Kena pulak aku ada kelas full dari pagi smpai kui 6 petang hari selasa ngan jumaat. 

Mcm solat zuhur, aku balik kolej untuk lunch break then sempat la solat kt kolej. Tapi solat asar memang tak sempat nak balik kolej. Tapi naseb baik aku ada break sat antara lectures. Last2 aku pi tanya receptionist bangunan tu, ada dak space or bilik yg aku bleh solat? Dia dok pikiaq tang mana. Pastu dia bagi aku masuk bilik stor kat reception tu. Bilik tu kecik ja la. Tempat receptionist tu letak barang2 dia tapi ada la ruang utk aku solat. Dia dok tanya aku, do you mind? Mind apa nya. Dah cukup bersyukur ada ruang tertutup mcm tu. Lepas aku dah solat pon, dia dok mintak maaf sebab bilik tu ja dia mampu bagi kat aku. Aku tak tau nak kata apa. Cakap thank you ja mampu. And sejak tu aku memang tumpang solat kat bilik tu la. 

Ok. Next thing is benda yang sebenaqnya jadi since aku mai sini lagi tapi tak dak kesempatan lagi nak cerita. Soalan2 yang orang akan tanya hang pasai islam. Sebab aku pakai tudung so obviously orang tau aku muslim. And bila hang duduk kt tempat yang minoriti muslim, hang akan selalu dapat soalan2 berkaitan agama hang. Bukan depa nak berdebat ka apa, depa cuma curious and nak tau. Antara soalan yang aku selalu dapat, kenapa pakai skaf rambut? Memang pakai 24/7 ka? Kenapa tak minum alkohol? Kenapa tak sokong LGBT?

Alhamdulillah. Allah bantu aku bagi jawapan yang munasabahsarawak kat depa. Hang takleh senang2 jawab, ooo sebab Tuhan suruh. Depa takkan kata apa tapi boleh pikiaq la depa boleh digest ka dak jawapan tu. Antara benda yang aku jawab, aku pakai tudung tutup aurat untuk lindung diri. Tuhan sayang kaum hawa sebab tu Dia suruh cover.  Begitulah. Dan depa agak suka dengan jawapan aku. Depa macam, ya betoi, sebab kdang2 perempuan yg macam mintak utk laki buat benda tak elok dengan cara depa pakai. Depa siap cakap untung la aku pakai tudung, takyah nak urus rambut tiap2 hari, leher pon cover tak sejuk. And aku pernah jumpa sorang laki ni. Dia tak minum tapi kawan2 dia semua minum. Dia cakap, untung la jadi hang, hang boleh cakap hang tak minum sebab batas agama. Tapi aku? Nak cakap apa? 

Begitulah kisah nya.......
InsyaAllah. Aku rasa orang lain mungkin boleh jawab lagi baik dari aku. Tapi apa2 pon, depa tak skeptikal kat agama lain. 

Tu ja kot. Moga kita sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Nya. Ameen. 

1 comment: